Friday, 6 September 2019

Anak Nak makan CHIKEN CHOP?? Habis la DIET aku...

"Teringin sungguh la nak makan Chiken Chop.Tapi, kalau aku makan rosak la diet aku."

Hampa hat tengah diet macam Cik Wa ni, mesti ada perasaan macam ni kan?

Tambahan pula anak yang request.....  
"Mama, kalau mama ada masa nanti, mama buat la Chiken Chop kat abang... Dah lama abang tak makan Chiken Chop yang mama buat."

Allah... Apa la dugaan aku.. saat aku nak turunkan berat badan, macam-macam pula yang anak teringin. Nak pula yang mama depa buat. kalau habaq suruh beli senang pula, boleh la pak depa ja yang bawa anak-anak makan kat kedai. Mama dah diet dok rumah diam-diam jer..kikiki.

Ok,  Cik Wa try da best. Tak nak hampakan harapan anak-anak. Anak nak makan air tangan ibukan.. so, Cik Wa cuba olah resepi Chiken Chop supaya DIET Cik Wa tak tersasar dari HUKUM DIET EAT CLEAN. 😜

Punya sembang panjang lebaq, mana resepinya??
Ok ni resepinya..


Sumber gambar google jer... hihihi.. Tak sempat Cik Wa nak snap picture anak-anak dah ngap😂
Bahan- Bahan A:
  1. Dada ayam 1kg
  2. Lada hitam segenggam (Dikisar halus untuk salut pada ayam)
  3. 3biji telur ayam
  4. Sedikit garam bukit
Bahan- bahan B (Kuah) : 
  1. Ubi Kentang Cik Wa ganti dengan CARROT (potong pendek2 dan rebus)
  2. Lada hitam segenggam (Dikisar halus)
  3. Sedikit kicap untuk nampak hitam
Bahan- bahan lain :
  1.  Salad
  2. Tomato (potong nipis)
  3. Kobis (Sagat halus)
  4. Carrot (Sagat Halus)
  5. Mayonis brand Kewpie (warna pink Low fat)

Cara-caranya :
  1. Gaulkan ayam bersama lada hitam, telur,dan garam dan ketepikan. 
  2. Rebus carrot sehingga empuk. blenderkan carrot, lada hitam yang telah dikisar halus, kicap dan sedikit air supaya boleh blender dan masukkan carrot yang telah diblender kedalam periuk dan remehkan sehingga kuah menjadi likat.
  3. Panaskan pemanggan ajaib, sapu sedikit minyak zaitun pada pemanggang supaya tak melekat. Bakar ayam sehingga masak.
  4. Untuk penyediaan Coslow - Satukan kobis dan carrot  yang dikisar tadi kedalam mangkuk dan gaul rata bersama Mayonis Kewpie.
  5. Kuah dah masak, ayam pun dah siap, Coslow pun dah siap, boleh la hidang cantik untuk makan bersama keluarga tercinta.
Ok Done!! Dah try nanti jangan lupa mai hantar sepinggan kat rumah  Cik Wa ye..🙊🙊🙊




Wednesday, 4 September 2019

Perlu ke beli PRODUK untuk KURUS??

Emmm.... selalunya "mind set" orang nak kurus ni kena guna produk itu, kena beli produk ini, baru berkesan, baru boleh kurus. Kalau tak beli produk, jangan harap la nak kurus...huhu..

Percaya tak kalau Cik Wa cakap yang Cik Wa boleh kurangkan berat badan tanpa ambil apa-apa produk pun!!!

Kalau hampa nak tau, Cik Wa berjaya membina badan selepas Raya Aidilfitri baru ni. Mau taknya, sebulan raya, sebulan juga la Cik Wa mendapat undangan ke rumah terbuka.. hahaha... Makan FREE sapa tak nak kan...

15 Julai 2019.... Huh pada tarikh ni buat pertama kalinya Cik Wa timbang selepas makan tanpa rasa bersalah pada diri sendiri... Mak aaiii!! Berat Cik Wa mencecah 63kg dengan ketinggian 144cm.
Oh NO!! Dah puas makan baru menyesal.. HAHAHA.. padan muka!!

Sejak pada itu, Cik Wa mula aktifkan diri ke kelas zumba 2kali seminggu paling kurang, coach pun ada bagi meal plan yang betul dan mula Eat Clean. Dengan mendapat support dari En Suami, lagi-lagi la kan bersemangat nak kurus kan... Cik Wa hanya amalkan Diet Suku Suku Separuh, makan rebus-rebus, kukus-kukus dan bakar-bakar sahaja.

Now, Cik Wa punya berat yang ditimbang pada 03 September 2019 ialah 56.2kg tapi still tak cantik lagi BMI Cik Wa. Doakan Cik Wa istiqomah ye...



Tiba-tiba terlintas.. eh nak diet dengan makan spaghetti la.. bosan makan nasi. heheheh..

Dari idea itu datanglah menu Spaghetti ini, Spaghetti Aglio Olio bersama perahan lemon. Menu ini air tangan cik isteri. 

Saya masak terus habis sebungkus. Yelah alang-alang masak, baik masak sekali banyak. Mudah nanti.

Nanti bila mahu makan, saya akan ambil dalam 1 cawan, panaskan dan makan bersama protien dan sayur. 

Jadi jom kita lihat bahan-bahannya dan cara menyediakannya.
makanan sihat


Bahan-bahannya:

1 paket Spaghetti
5 sudu besar minyak
1 biji Bawang Holland dihiris
5 biji bawang putih dihiris
2 biji lada benggala berlainan warna dipotong dadu
1 biji lemon diperah dan ditambah air bagi mengurangkan rasa masam mengikut portion spaghetti 
Chilli Flake, lada hitam dan garam

Cara menyediakannya

1. Tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga berwarna keemasan
2. Masukkan lada benggala dan kacau 
3. Masukkan campuran air dan lemon 
4. Selepas mendidih, masukkan spaghetti dan kacau supaya bahan tumisan meresap kesemua spaghetti
5. Masukkan chilli flake, lada hitam dan garam secukup rasa
6. Gaul sehingga sebati dan siap untuk dihidang.


Mudahkan, bila siap, masukkan terus dalam bekas besar, setiap kali nak makan, ambil 1 cawan sahaja. Jangan lebih tau.

Boleh makan dengan ayam bakar, telur dan apa jua sumber protien lain.

Saya asingkan protien sebab saya nak pelbagaikan jenis protien saya. Selain itu, senang untuk ukur sukatan spagethi untuk setiap kali makan.

Macam mana saya makan? Mudah je, ikut langkah ini.
1. Saya akan makan sayur dan protien dulu. Maklumlah salad tu kosong. Jadi makan dengan protien supaya ada rasa. Penuh kan perut dulu dengan sayur supaya rasa kenyang cepat.
2. Kemudian baru makan spaghetti.. makan kosong macam tu pun dah sedap. heheh

Oh ya berapa banyak dapat untuk sebungkus ni, saya kira-kira boleh dapat dalam 8-10 cawan.. jadi dah selesai menu untuk 8-10 kali makan.

Cuba tau.. pasti suka..


Sumber :
Gambar : Mr Google
Info : Coach Lina
Skip sarapan pagi dan pemilihan sarapan pagi yang tidak sihat, tak membantu dalam proses untuk turunkan berat badan
.
nak kurusTak ambil sarapan pagi dan pilihan sarapan yang salah hanya akan dekatkan kita dengan obesiti,😪... Nak kurus, nak sihat perbetulkn dulu sarapan kita
.
Sarapan yang sihat wajib ada
.
✔️Sumber karbohidrat sihat
✔️Protien yang sihat
✔️Lemak baik
✔️Fiber dan serat
✔️Rendah glycemix index(GI)
✔️Rendah kalori
.
 So sarapan apa tu pagi ni😁





Sumber :
Gamar : Mr Google
Info : Coach Lina

Latih & Ajar Lidah


Perasan tak, level "manis" setiap orang itu tak sama walaupun pada 1 cawan air sirap yang mengandungi kandungan gula yang sama

Begitu juga dengan rasa masin pada gulai yang sama. Level "masin" anda dengan kawan anda mungkin berbeza..🤔

MANIS VS MASIN

Deria rasa lidah untuk rasa manis/ masin ini perlu dilatih..percaya atau tidak, jika anda sudah biasa dengan minuman tawar, anda akan rasa "TAK SEDAP" pada minuman yang terlalu manis...


Jika anda telah terbiasa mengamalkan makanan kurang garam, hanya sedikit garam sudah CUKUP untuk memberikan rasa kepada makanan..


Apabila lidah sudah biasa dengan makanan MANIS dan MASIN, deria rasa semakin tidak sensitif dan lebih banyak gula/ garam diperlukan untuk memberi rasa yang di ingini..




"PIZZA LULUS DIET"

Diet tapi nak makan pizza?

Boleh je...takde masalah. Bahan-bahan pun memang sedia ada dalam peti ais. Makan nasi hari-hari pun bosan juga, kan.
.
Jadi, dapat idea dari program *KURUS* untuk sediakan pizza sihat & mudah. Siapa nak resepi?


Bahan-bahan : 

1. 3 biji telur 
2. Isi ayam
3.Cendawan shitake dihiris nipis
4. Sedikit daun sup dihiris kasar
5. Cili padi
6. Tomato cherry
7. Sedikit garam
8. Sedikit blackpepper



Cara penyediaan :

1. Gaulkan semua bahan,masukkan garam dan sedikit lada hitam
2. Tuangkan ke dalam pan/acuan yang sesuai
3. Kukus(muffin)/bakar (pizza) untuk 3-5minit (muffin)

Selamat mencuba 😍😍😍



Sumber :
Gambar : Mr Google
Info : Coach Lina

Pisang...oh pisaaanggg... 🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌


*Kenapa dirumah perrlu selalu  pisang ???* Baca surat Al Waqi'ah Di-tengah ayat ke 29 cukup hairan. .. artinya luar biasa

قال الله تعالى : وَطَلۡحٖ مَّنضُودٖ
 ( سورة الواقعة - 29 )
Hari Kiamat (Al-Wāqi`ah):29 - dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya),

Ternyata pisang itu buah syurga..... 
Saya heran knp Allah menyatakan Pohon Pisang ... lalu saya cari Web, kenapa pohon pisang....kan biasanya Kurma.

Ternyata MASYAA ALLAH manfaat buah pisang, menjadi ubat untuk berbagai penyakit. Dan ini telah ada yang meneliti :

*_INFO SEHAT_*

"MUNAFAAT BUAH PISANG"🍌🍌🍌

_Ini Menarik._ 
Setelah membaca ini, Anda tidak akan pernah melihat Pisang dengan cara yang sama lagi. Pisang mengandung tiga jeni gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat. Sebiji Pisang memberikan dorongan instan pada pecernaan secara berkelanjutan dan energi substansial. Penelitian telah membuktikan bahwa dengan hanya dua biji Pisang akan memberikan energi yang cukup untuk sebuah latihan berat selama *90* menit. 

Tidak heran mengapa Pisang adalah buah bagi kebanyakan atlet terkemuka di dunia. Supply energi bukan satu-satunya yang didapat dari Pisang tetapi Pisang dapat membantu kita agar tetap fit. 

Hal ini juga dapat membantu mengatasi atau mencegah dan mengatasi sejumlah besar penyakit dan kondisi badan yang kurang fit, sehingga *Pisang* merupakan suatu keharusan untuk melengkapi diet harian. 

🍌. Depresi :
Menurut survey yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit penderita Depresi, banyak orang merasa lebih baik setelah makan *Pisang.* Hal ini terjadi karena *Pisang* mengandung tryptophan, sejenis protein yang akan diubah oleh tubuh menjadi serotonin, yang akan membuat anda menjadi relax, memperbaiki suasana hati (mood) dan secara umum akan membuat seseorang merasa lebih nyaman.

🍌. Bagi Penderita Diabetes : Makanlah Pisang setiap hari. Karena Vitamin B6 terkandung dalam Pisang akan mengawal tingkat glukosa darah anda dan akan mempengaruhi suasana hati Anda. 

🍌. *Bagi Penderita Anemia : Pisang* mengandung Zat Besi Tinggi, *Pisang* juga dapat merangsang produksi hemoglobin dalam darah dan membantu banyak membantu dalam berbagai kes anemia (kurang darah). 

🍌. Bagi Penderita Tekanan Darah Tinggi :
Buah tropika yang unik ini sangat tinggi kalium namun rendah garam, sehingga sempurna untuk mengalahkan tekanan darah. Begitu banyak gunanya sehingga _US Food and Drug Administration (Departmen ) baru saja mengizinkan perkebunan *Pisang* untuk melakukan ujian resmi mengenai kemampuan buah ini untuk menurunkan risiko tekanan darah dan stroke. 

🍌. Menambah Kemampuan Otak :
200 siswa di sekolah Twickenham (Middlesex) sangat terbantu dalam ujian mereka tahun ini karena memakan Pisang pada saat sarapan, saat isrehat dan saat makan tgahari dalam upaya untuk meningkatkan kekuatan otak mereka. 
Penelitian telah membuktikan bahwa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu siswa dalam belajar dan juga membantu siswa menjadi semakin peka dalam berpikir. 

🍌. Sembelit :
*Pisang* mengandung Zat Fiber dalam kadar yang tinggi, *Pisang* dapat juga membantu menormalkan kembali kerja pencernaan anda, *Pisang* akan membantu mengatasi permasalahan pencernaan ini tanpa anda harus kembali ke ubat yang jelas *BAB* anda akan jadi semakin lancar . 

🍌. Ubat Mabuk :
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan mabuk _(Darat , Laut dan Udara)_ adalah dengan meminum milkshake *Pisang* ditambah dengan madu sebagai pemanis . Milkshake *Pisang* akan berkesan menenangkan perut anda dan dengan bantuan madu akan mengontrol kadar gula darah anda untuk menjadi normal kembali, sementara susu akan menenangkan perut anda dan menata ulang sistem pencernaan anda. 

🍌. Mulas Dan Sakit Perut :
*Pisang* memiliki efek antasid pada tubuh, jadi jika Anda menderita mulas dan perut terasa senak maka cubalah makan *Pisang* untuk mengurangi sakitnya. 

🍌Mual di Pagi Hari (Morning Sickness) :
Ambil *Pisang* antara waktu makan membantu menjaga kadar gula darah dan menghindari mual dipagi hari. 

🍌.Gigitan Nyamuk :
Sebelum anda meraih krim atau cairan anti gigitan nyamuk, cubalah dulu menggosok daerah yang terkena gigitan nyamuk dengan bagian dalam kulit *Pisang.* Banyak orang yang sudah merasakan hebatnya Kulit *Pisang* krn akan mengurangi pembengkakan dan gatal pada kulit . 

🍌. Saraf :
 *Pisang* mengandung *Vitamin B* dalam kadar tinggi yang sangat membantu dalam menenangkan sistem saraf. 
  
🍌. Bagi Penderita Obesitas Yang Bekerja ?: 
Kajian  Institut Psikologi di *Austria* menemukan bahwa tekanan pada saat kerja menyebabkan orang sering meraih makanan  seperti, snack, coklat dan kerepek. Setelah meneliti 5.000 pesakit di rumah sakit, para peneliti menemukan bahwa kebanyakan orang yg menderita kegemukan lebih sering berada  dalam tekanan kerja yang tinggi.
Banyak Laporan yang menyimpulkan bahwa untuk menghindari panik akibat tekanan kerja yang berlebihan dan nafsu yang tinggi untuk memakan makanan apapun, kita perlu mengendalikan kadar gula darah kita dengan ambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk menjaga agar kadar gula darah menjadi stabil.

🍌. Usus :
*Pisang* bisa digunakan sebagai bahan makanan utama untuk diet bagi penderita luka usus, Pisang akan mencegah gangguan pencernaan hal ini disebabkan texturnya yang sangat lembut dan halus. Pisang adalah adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa menyebabkan stress dalam beberapa kes penyakit yang parah. Dan Pisang juga akan meneutralkan kelebihan zat asam dan mengurangi iritasi dengan melapisi permukaan dalam usus
  
🍌. Kontrol Suhu :
 Banyak budaya lain melihat Pisang sebagai buah "Pendingin" yang dapat menurunkan suhu baik fisik dan emosional, para ibu hamil Di Thailand misalnya, mereka akan makan Pisang sebelum melahirkan dengan keyakinan bahwa si bayi akan lahir dengan suhu dingin. 

🍌. Bagi Para Perokok : 
Buah Pisang dapat membantu orang yang mencuba untuk berhenti merokok. Vitamin B 6, B 12 yang dikandungnya, serta kalium dan magnesium akan sangat membantu tubuh anda untuk cepat sembuh dari efek penghentian nikotin. 

🍌. Stress :
Kandungan Kalium dalam *Pisang* adalah mineral yang penting, yang akan membantu menormalkan detak jantung, mengirim lebih banyak oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, metabolisme kita akan meningkat, sehingga mengurangi kadar Kalium. Ini dapat dinetralkan (rebalanced) dengan bantuan snack *Pisang* yang tinggi Kalium. 

🍌. Stroke :
Menurut penelitian di _*The New England Journal of Medicine,*_ makan *Pisang* sebagai bagian dari diet teratur dapat menurunkan risiko kematian kerana stroke sebanyak *40%* ! 

🍌. Kutil :
Mereka yang suka pada pengubatan tradisional sudah banyak yang tahu bahawa *Pisang* bisa Menghilangkan atau Mengecilkan Kutil, jika anda ingin menghilangkan kutil, maka ambillah sepotong *Pisang* dan letakkan di kutil anda, dengan bahagian kuning atau kulit ada diluar , tampal  itu dengan plaster sampai beberapa waktu, gantilah setiap pagi dan tghari, setelah beberapa hari lalu lihatlah !!! 

Jadi ingatlah, Pisang  adalah ubat alami untuk berbagai penyakit. Jika anda membandingkannya dengan epal misalnya, maka Pisang mengandung ; Protein empat kali ganda Karbohidrat dua kali , Zat Fosfor tiga kali Vitamin A dan zat besi lima kali dan ada pula dua kali ganda kandungan vitamin dan mineral lainnya. Pisang juga kaya kalium dan merupakan salah satu makanan dengan nilai terbaik, Jadi mungkin sekaranglah saatnya untuk mengubah pandangan kita terhadap Pisang dan makanlah Pisang setiap hari maka anda akan berkata, "Sebiji *Pisang* sehari membuat doktor rugi"! 

🍌. NB: Pisang jugalah yang menjadi alasan monyet untuk begitu berbahagia setiap saat dan selalu sehat² saja dalam jangka panjang !Saya akan menambahkan satu manfaat lagi disini; Apakah anda ingin sepatu anda bersinar dan mengkilap dalam waktu singkat ? Ambil Dalam kulit Pisang, lalu gosok langsung pada kulit sepatu ... lalu lap lah dengan kain kering seperti orang mengilap sepatu ... lihatlah hasilnya ... !!!

Sungguh² Buah yang Menakjubkan !

🍌. Warning : 
_Jangan pernah menaruh Pisang anda di fridge kerana struktur buah Pisang akan berubah bila sudah dibekukan dan itu akan menghilangkan banyak sekali manfaat buah Pisang !!!_

Sampaikan pesan ini kepada semua rakan² atau kerabat anda agar mereka juga bisa merasakan hebatnya Buah Pisang ini !!!.

Semoga bisa mendatangkan manfaat bagi anda semua. 

_Selamat menikmati Pisang
🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌🍌



Sumber :
Gambar : Mr Google
Info : Coach Lina
 

Super MOM Template by Ipietoon Cute Blog Design