Wednesday, 4 September 2019

Tiba-tiba terlintas.. eh nak diet dengan makan spaghetti la.. bosan makan nasi. heheheh..

Dari idea itu datanglah menu Spaghetti ini, Spaghetti Aglio Olio bersama perahan lemon. Menu ini air tangan cik isteri. 

Saya masak terus habis sebungkus. Yelah alang-alang masak, baik masak sekali banyak. Mudah nanti.

Nanti bila mahu makan, saya akan ambil dalam 1 cawan, panaskan dan makan bersama protien dan sayur. 

Jadi jom kita lihat bahan-bahannya dan cara menyediakannya.
makanan sihat


Bahan-bahannya:

1 paket Spaghetti
5 sudu besar minyak
1 biji Bawang Holland dihiris
5 biji bawang putih dihiris
2 biji lada benggala berlainan warna dipotong dadu
1 biji lemon diperah dan ditambah air bagi mengurangkan rasa masam mengikut portion spaghetti 
Chilli Flake, lada hitam dan garam

Cara menyediakannya

1. Tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga berwarna keemasan
2. Masukkan lada benggala dan kacau 
3. Masukkan campuran air dan lemon 
4. Selepas mendidih, masukkan spaghetti dan kacau supaya bahan tumisan meresap kesemua spaghetti
5. Masukkan chilli flake, lada hitam dan garam secukup rasa
6. Gaul sehingga sebati dan siap untuk dihidang.


Mudahkan, bila siap, masukkan terus dalam bekas besar, setiap kali nak makan, ambil 1 cawan sahaja. Jangan lebih tau.

Boleh makan dengan ayam bakar, telur dan apa jua sumber protien lain.

Saya asingkan protien sebab saya nak pelbagaikan jenis protien saya. Selain itu, senang untuk ukur sukatan spagethi untuk setiap kali makan.

Macam mana saya makan? Mudah je, ikut langkah ini.
1. Saya akan makan sayur dan protien dulu. Maklumlah salad tu kosong. Jadi makan dengan protien supaya ada rasa. Penuh kan perut dulu dengan sayur supaya rasa kenyang cepat.
2. Kemudian baru makan spaghetti.. makan kosong macam tu pun dah sedap. heheh

Oh ya berapa banyak dapat untuk sebungkus ni, saya kira-kira boleh dapat dalam 8-10 cawan.. jadi dah selesai menu untuk 8-10 kali makan.

Cuba tau.. pasti suka..


Sumber :
Gambar : Mr Google
Info : Coach Lina

0 comments:

Post a Comment

 

Super MOM Template by Ipietoon Cute Blog Design